Senarai Game Playstation 5 Idaman Saya
Hai semua! Mencari Senarai Permainan Playstation 5 yang bagus?
Berikutan pelancaran Playstation 5, semua orang teruja dengan (A) sesiapa yang memilikinya, atau (B) menonton orang lain buat unboxing atau strim permainan PS5. Tidak satu hari yang menyiarkan Feed Berita Facebook bahawa anda akan menjumpai seseorang yang bercakap mengenai Playstation 5 seolah-olah ia adalah “perkara terbaik sejak terciptanya hirisan roti”.
Dalam artikel ini:
- Apa Yang Terjadi Dengan PlayStation 5 Di Malaysia
- Berpura-pura Memiliki PlayStation 5 di Media Sosial
- Pra-Pesanan PS5
- Harga PS5 dan Tarikh Pelancaran Di SEA dan Seluruh Dunia
- Adakah saya memerlukan Aksesori PS5 tambahan
- Senarai Permainan Playstation 5 (Baru atau Remastered)
- Posisi PS5 Anda Secara Tegak Atau Datar
- Apa Yang Boleh Dilakukan Sementara Menjimatkan Wang Untuk Membeli PS5
- Pemikiran Akhir
Apa Yang Terjadi Dengan PlayStation 5 Di Malaysia
Al kisah mula mula dulu semasa Playstation 5 telah diumumkan, agak pelik jugak cara pelancarannya. Pertama sekali, harga jualan retail tidak langsung diumumkan di Malaysia, dan kebanyakkan geng gamer digalakkan “Belilah unit anda dari SIngapura”, kerana pelancaran rasmi ada dekat sana secara besar besaran. Ramai fans di Malaysia mestilah rasa geram dan seterusnya mengungkitkan rasa tak puas hati dekat Facebook Page Rasmi @PlayStationAsia dan juga semua iklan Facebook dari Sony juga.
Mari saya tunjukkan komen komen dari gang gamers dari Malaysia (maklumlah kawan2 dari negara lain dalam Asia Tenggara pun turut serta)… betul betul frust.
Golongan Scalpers telah mengambil kesempatan untuk mencari stok dari mana-mana dan seterusnya menjual dengan harga yang tinggi tinggi sampai 3 kali harga ori. Tapi ada jugak orang desperado yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli, semata-mata nak menjadi “orang yang pertama kali” untuk main konsol ini.
Jom mari saya tunjukkan berapa harga yang dijual Scalpers:
Berpura-pura Memiliki PlayStation 5 di Media Sosial
Oleh kerana PS5 ini susah nak dapat stok, ada jugak peminat playstation pergi ke alam media sosial untuk mencari cara lain untuk “menghayati” rasa bagaimana memiliki Playstation 5. Ada jugak masa tu satu Instagram filter yang sangat popular telah diviralkan.
Saya pun acah-lah main jugak filter ini ha, tengok-lah hasil kerja saya:
Macam mana nak guna pakai filter ini dalam Instagram:
- Buka Instagram Mobile App, dan cipta Story baru
- Dekat bawah skrin ada ikon ikon filter – skroll sampai-lah nampak kanta pembesar dengan perkataan “browse effects”.
- Klik butang tu, dan carilah kanta pembesar kedua dekat sebelah atas kotak carian.
- Taip “PS5 box” dan buat pilihan anda.
- Pilih rekacipta kotak kesukaan anda dan klik “Try It” (tip : saya pilih design dari “aroneverything” sebab bayang-bayang kotak tu cantik)
- Buka kamera anda (pastikan camera sebelah belakang) dan tangkap gambar meja atau permukaan kegemaran anda.
- Sekarang anda boleh nampak PS5 box filter! Gerakkan dan adjust sampailah puas dan tangkap gambar anda.
- Siap!
Tip : Anda boleh kongsikan dalam Facebook atau TikTok untuk memastikan geng2 anda rasa iri hati dengan “pemilikan baru PS5 anda”… hee hee hee
Kan dah kata, sekarang semua orang pun boleh memiliki PS5… walaupun terhad alam maya saja! LOL!
Pra-Pesanan PS5
Buat masa ini tahap Pra Pesanan di Malaysia adalah “sold out” (sebab tak cukup stok). Banyak kedai game di Malaysia telah menganjurkan acara pra-pesanan di sosial media (dan mereka pun menyedari hakikat Malaysia sedang menjalankan program Perintah Kawalan Pergerakan, dan menyenangkan cara mendapat PS5 kesayangan mereka). Janji geng gamer sekalian ada peluang memiliki PS5 “sebaik saja dilancarkan” dengan cara yang sah.
Akan tetapi, adalah sangat sukacita apabila salah sebuah kedai game yang popular di Malaysia telah mengunakan taktik PWP (Purchase With Purchase) pada para pelanggan yang tidak berpengetahuan. Ini telah menyebabkan banyak aduan terhadap kedai game ini sampai komen komen yang buruk telah pun muncul pada Facebook Post dan Iklan mereka. Kata mereka : “Kalau nak memiliki PS5, anda harus beli satu set game bundle dulu”… ahduh, tamaknya cara mereka untuk memancing pembeli macam ini.
Nama Kedai Game ini telah di-blur-kan tapi kalau anda peminat game konsol, anda pasti tahu siapakah mereka.
Perkara ini telah disebarkan sampai Sony terpaksa mengeluarkan kenyataan rasmi untuk “tolong mereka” meredakan keadaan.
Harga PS5 dan Tarikh Pelancaran Di SEA (Asia Tenggara) dan Seluruh Dunia
Di Malaysia, PS5 Edisi Digital dijual pada harga MYR 1,869, manakala PS5 dengan Ultra HD Blu-ray™ disc drive pada MYR 2,299 on 11 December 2020.
Pre-order telah pun dibuka pada 12 November 2020.
Manakala tempat selain-lainya di Asia Tenggara, PS5 akan dijual dengan harga berikutnya:
Malaysia – Tarikh Pelancaran – December 11, 2020
PlayStation 5: RM2,299
PlayStation 5 Edisi Digital: RM1,869
Philippines – Tarikh Pelancaran – December 11, 2020
PlayStation 5: ₱27,990
Sadly, there is no confirmation if the Digital Edition will be made available in Philippines, but fingers crossed.
Indonesia – Tarikh Pelancaran – January 22, 2021
PlayStation 5: Rp 8,799,000
PlayStation 5 Edisi Digital: Rp 7,299,000
Singapore – Tarikh Pelancaran – November 19, 2020
PlayStation 5: S$729
PlayStation 5 Edisi Digital: S$599
Semua edisi PS5 ada 1 DualSense Controller. Tambah lagi satu DualSense Controller pada harga USD70, iaitu USD 10 lebih daripada DualShock 4. DualSense controller ini adalah pengganti pada PS4 controller, bukan saja mempernampakkan gaya yang moden, tapi juga mempunyai ciri-ciri yang moden seperti “adaptive trigger”, microfon dalam papan dan teknologi maklum balas haptik. Kalau anda tertanya pula adakah PS4 DualShock 4 Controller lama boleh dipakai-guna di PS5, jawapannya adalah “boleh”, tetapi hanya boleh fungsi dalam game PS4 sahaja.
Pada masa menulis, Sony ada rancangan untuk melancarkan konsol ini dalam lebih banyak lagi negara “dalam masa terdekat”. Mereka telah pun mensasarkan pelancaran dalam US, Japan, Canada, Mexico, Australia, New Zealand and South Korea pada November 12 2020. Dan November 19th 2020 adalah untuk “negara yang lain lain”.
Yang anehnya, wahlau pun Negara China ada pasaran gamer yang besar, tetapi tak ada tarikh yang diumumkan “at launch”.
Untuk anda yang sedang baca artikel ini dan berada dalam “senarai menunggu” atau PS5 idaman anda telah diwishlistkan dan sedang giat kumpul duit untuk membelinya… Bertenanglah dan teruskan dengan aktiviti gaming biasa anda dulu… atau pun nikmati video-video trailer and teaser game yang akan bakal dilancarkan.
PS5 Hardware Reveal Trailer
PS5 Teardown: An up-close and personal look at the console hardware
PlayStation 5: Unboxing, Gameplay + First Impressions
Pada pendapat saya : Adalah terlalu awal untuk membeli satu PS5 sekarang. Walaupun tergerak hati juga hendak memiliki PS5 pada “Hari Pertama”, dalam pengalaman saya selepas jadi tuan-punya konsol yang pelbagai generasi dulu, saya hanya akan buat pembelian selepas “market tested” sekurang-kurangnya 6 bulan hingga 1 tahun dalam pasaran. PS3 saya ialah versi Fat version, dan PS4 saya ada pelekat Limited Edition Star Wars BattleFront dengan Dual Shock controller yang warna merah hitam.
Dan saya juga tidak begitu menggalakkan membeli versi “unlocked” atau cracked KECUALI ianya telah putus pasaran (“end of life”), dan tidak lagi dihasilkan, sebab isu warranty dekat konsol ini agak mahal berbanding dan bukan alang alang senang dibaiki.
Kenapa pula warranty penting? Ada jugak warga netizen yang pernah mengalami situasi bunyi buzzing keluar dari konsol, dan jugak isu “database build” semasa PS5 ditidurkan semasa power save automatik. Haraplah dengan makluman anda mengenai isu macam itu, anda akan fikiran betul betul isu warranty ini.
Adakah saya memerlukan Aksesori PS5 tambahan
Assessori PS5 ada dua jenis : yang dari Official Sony Accessory, dan ada jugak yang third party (bukan buatan Sony). Setahu saya, Sony memang kuat mempertahankan aksesori apa yang dibenarkan untuk pasaran mereka. Hanya masa boleh tentukan ada siapa third party yang baru akan menawarkan add on yang membawa kesenangan dan nilai berbeza pada geng gamer yang miliki PS5, seperti extra storage space, atau pelekat anti peluh…
Walaupun Sony telah membuat kenyataan bahawa Edisi Digital patut ada ruang yang secukupnya untuk “pemain kebiasaan”, geng gamer Playstation semua pun tahu permainan AAA lazimnya ada jugak DLC yang berat dan versi naik taraf (updates) yang betul boleh meletup ruang yang sedia ada.
Akan tetapi, pada pandangan saya, pasaran PS5 ada banyak jugak “isu kesekatan pemasaran” dalam bab aksesori ini. Tidak kurang jugak berita mengenai syarikat pembuat aksesori yang telah “dibuli untuk mengakuri” status quo dari Sony. Sebuah syarikat “CustomizeMyPlates” telah terjebak dalam kes di mana mereka telah mula membuat pra-pesanan untuk “FacePlate Add-Ons” untuk Edisi Digital PS5 dengan menggunakan nama “PS5 FacePlate”. Sony telah memberi amaran sebab isu copyright. Syarikat itu terpaksa pula pulangkan deposit pra-pesanan yang pakai nama itu dan membina semula jenama mereka dengan mengunakan nama yang lain.
PS5 FacePlate sebenarnya adalah nama untuk kepingan besar sebelah kiri dan kanan pada konsol PS5, dan ia boleh digunakan sebagai deco art piece dalam ruang tamu rumah anda… bukan main lagi besarnya konsol ini semasa letak tepi TV.
Senarai Permainan Playstation 5 (Baru atau Remastered)
Untuk geng gamer yang peka Playstation, adalah hakikat bahawa semua game title pasti akan datang dengan harga game yang tinggi.
You have $15 to spend, what #PS5 games you pickin’ up? pic.twitter.com/cqG5rxhvHa
— IGN (@IGN) June 13, 2020
Game apa yang ada pada masa Pelancaran PS5 ?
Ada jugak title yang baru yang telah diumumkan setiap hari, akan tetapi, kebanyakkan gamer ternga-nga sikit pasal “adakah ia Playstation Exclusive”, atau game yang sama boleh juga dimainkan dalam PC.
Game yang pertama yang berada dalam konsol anda adalah “Astro’s Playroom” (percuma, telah pun install dengan PS5). Ini adalah permainan demo yang geng gamer sekalian boleh cuba untuk menikmati ciri ciri teknologi DualSense Controller, dan juga cakera SSD PS5 yang pantas. Semasa game ini diperkenalkan dalam Playstation 5 event, kebanyakkan audience ingatkan Sony mungkin akan memposisikan Playstation VR sebagai pemacu pengalaman permainan dengan memperkenalkan sequel original “PlayStation VR ASTRO BOT: RESCUE MISSION”. Nampaknya Sony telah pun mengambil kira bahawa lebih banyak lagi permain akan lebih menghayati cara mainan controller. Heh.
Satu lagi game yang sering diperkatakan adalah Spider-Man: Miles Morales (Sony exclusive), dan jugak title yang dilancar pada musim pelancaran PS5. Saya pernah main dengan versi original dan ia sangat mengagumkan kerana pemain boleh berayun bangunan ke bangunan dan menangani musuh musuh secara hand to hand combat. Memang tulus jalan cerita dan jugak konsep “open world” walaupun cerita utama sudah tamat. Spider-Man: Miles Morales bukan “game sepenuhnya” macam Marvel’s Spider-Man (2018), tapi anda tidak perlu title original untuk main game ini.
God Of War adalah Sony Exclusive yang seterusnya dan walaupun game pertamanya dilancar pada tahun 2005, Kratos telah menjadi protagonis game dari mula muda dan mencari dendam terhadap dewa Olympus, sampailah siri yang terdekat di mana dia telah pun menjadi bapa kepada anaknya sendiri, yang didedahkan sebagai pembawa binasa Ragnarok. Tajuk “God Of War: Ragnarok” telah pun diumumkan, akan tetapi tidak tahu pula bila ia akan dilancarkan. Dengan maklumat anda semua, setahu saya ia tidak akan dilancarkan dalam PS4, dan hanya untuk PS5 (ahdui… kita hanya boleh harapkan ada update masa depan yang akan support PS4).
Demon Souls pula Sony exclusive yang dilancarkan pada PS5 pada hari pelancaran. Action Role Playing game ini memang terlampau popular sejak Playstation 3 lagi (Title dulu Dark Souls). Mode berdua ini akan membenarkan pemain main secara Single Player atau Multiplayer, dan grafik persekitaran dan alam pertarungan dengan makhluk boss level ini yang akan menarik perhatian semua orang yang main dan jugak lihat. Objektif game ini nampak senang : anda harus menerokai kubu lama dengan bantuan “hantu” pemain lain yang telah mati dalam game, dan mereka akan meletakkan petunjuk macam mana cara untuk melalui perangkap seterusnya. Kalau anda minat dengan game adventure puzzle solving jenis ini (dan ia bukan game yang boleh dimain sambil lewa sebab sangat mencabarkan).
Ada jugak game lain yang akan sampai pada tahap jualan / pelancaran masing masing, tapi title ini bukan Sony Exclusives dan mungkin tidak sebegitu “unik”.
Jangan lupa juga kita ada title “remastered” yang boleh dimainkan dalam Konsol PlayStation 5. Dalam komuniti gaming sekarang, kita dah tahu jugak tahun yang seterusnya game yang “baru” adalah kebanyakkan masa “remastered”. Hampir semua title PS4 boleh dimainkan dalam PS5, dan patch untuk konsol baru sedang dikeluarkan dari syarikat pembangunan game. Buat masa sekarang, kebanyakkan game PS4 mempunyai kod lama yang hanya boleh menjalankan grafik secara 30 frames per second, dan tidak boleh sokong skrin 4K. Itulah sebabnya anda mungkin boleh merasai game jalan lag sikit terutamanya permainan aksi yang intensif yang mempunyai efek istimewa atau pergerakkan yang pantas pada karakter game. Semasa anda ada Playstation 5 (yang boleh menyokong 60fps atas skrin 4K), ada kalanya frames per second itulah akan memberi pengalaman game yang amat berbeza.
Yang berita baiknya ialah, hampir semua title PS4 boleh dimainkan di PS5, tetapi anda harus tahu PS4 DualShock Controller yang lama anda lebih sesuai untuk game ini. Untuk membantu anda mendapatkan title semua atas talian, eloklah cuba “Sony’s PlayStation Plus Collection for the PS5”. Anda akan dapat sekurang-kurangnya 15 title Sony dan third party yang sedia dimuatturun dan dimainkan atas PS5 baru anda… best kan?! Sukurangnya Game Library PS5 anda tidak akan terlalu sunyi sementra tunggu title title yang optimize until muncul di pasaran.
Sini ada satu senarai untuk rujukan anda:
- God of War
- The Last of Us: Remastered
- Uncharted 4: A Thief’s End
- Battlefield 1
- Monster Hunter World
- Fallout 4
- Final Fantasy XV
- The Last Guardian
- Ratchet and Clank
- Infamous: Second Son
- Days Gone
- Bloodborne
- Detroit: Become Human
- Batman Arkham Knight
- Mortal Kombat X
- Persona 5
- Until Dawn
- Resident Evil: Biohazard
Senarai diatas adalah game yang saya akan telitikan, berdasarkan pilihan & subjek permainan saya. Kalau anda juga sedang follow title diatas juga, hi five! Dan akhirnya, jangan rasa terlalu kecewa kalau game kegemaran anda tidak di-”remaster”-kan, kerana PS5 memang ada fungsi “Game Boost” yang boleh menaiktraf quality game secara automatik : macam loading time yang lebih cepat, frame rate dan resolusi yang lebih baik, dan juga “menyelitkan ciri-ciri UX PS5” dalam pengalaman game anda.
Untuk title yang telah diumumkan, ringkasan imej dibawah:
Posisi PS5 Anda Secara Tegak Atau Datar
Masa dulu semasa saya membeli PS4, soalan pertama yang ada pada pikiran saya adalah : “mana saya patut letak playstation konsole ni”. Kalau anda merancang untuk mendapatkan Playstation pertama anda, patutlah fikir dulu ruang mana sesuai untuk letak konsole anda, terutamanya yang pertama kali miliki konsole besar macam PS5.
Sama macam PlayStation 2 / PlayStation 3 / PlayStation 4 yang lepas, Playstation 5 yang baru telah direkacipta untuk boleh diletakkan secara menegak atau mendatar.
Kalau anda letakkan secara menegak, ia akan kelihatan seumpama tugu monolit dalam ruang tamu anda, dekat tepi TV. Maklumlahkan konsole ini konsole yang terbesar yang direkacipta oleh Sony, size dia 15.4 inci tinggi, 10.24 inci dalam dan kelebaran 4.09 inci. Konsole Gergasi ini beratnya 14 lbs.
Eh eh… boleh tak bagi ukuran tu dalam system metrik pula? Mai tengok sini:
Base: 390 mm × 260 mm × 104 mm (15.4 in × 10.2 in × 4.1 in)
Weight: 4.5 kilograms (9.9 lb)
Digital Edition: 390 mm × 260 mm × 92 mm (15.4 in × 10.2 in × 3.6 in)
Weight: 3.9 kilograms (8.6 lb)
Dalam erti kata lain : BESAR dan KUKUH.
Sini terdapat jugak sampel sampel cara perletakkan konsole PS5 kesayangan anda (ini jika anda tidak terlalu sibuk main dengan game game dalam konsole sehingga tak begitu peduli sangat pasal cara presentasi dalam rumah semasa tetamu datang).
Kalau anda jemput kawan masuk dan anda seorang yang “start play sambil lepak selamba”, tak rasa hairan langsung kalau konsole anda masih dekat lantai / atas kotak original selepas seminggu.
Macam mana pula nak menjaga / “maintain” Playstation 5? Lazimnya kalau game konsole ini, yang standard mesti ada berus untuk bersihkan habuk diluar konsole (dan PS5 FacePlatenya putih, harus sentiasa lap untuk elakkan habuk). Di tengah tengah ada badan hitam, anda boleh gua kain yang kering untuk lapkan habuk juga. Kalau rumah anda kebiasaannya ada banyak habuk, anda mungkin juga akan cuba clear habuk dalam interior PS5 pula. Panduan cara membersih interior boleh rujuk di sini.
Macam mana pula nak bersihkan PS5 DualSense Controller? Laburkan sedikit duit dalam Surface Wipes, atau Baby Wipe pun boleh. Asalkan ada sikit kandungan alkohol yang boleh membantu membersihkan peluh dan daki selepas main game berpanjangan. Untuk sambungan connector atas controller anda, boleh guna bud kapas dengan sedikit alkohol dan bersihkan micro USB, headphone dan port EXT atas controller tu. Ada jugak pemain yang membersihkan batang petunjuk kiri dan kanan dan juga ruang halus dengan pencungkil gigi.
Pengendalian Kabel pula kebanyakkan masa adalah sesuatu yang mungkin boleh diketepikan dulu, lainlah cerita pula kalau anda ada membuat perancangan untuk buat live streaming atau pun aksesori tambahan kepada PS5 anda.
Sekurang kurangnya anda boleh pasti dalam kotak ada termasuk satu Kabel HDMI (HDMI 2.1-compliant, sama dengan PS4 Pro), AC power cord and a “USB-C to USB-A” cable, dan ada kemungkinan kabel anda tak cukup panjang pula untuk ruang tamu anda. Dekat depan konsole ada port USB dan port USB-C. Anda boleh pasangkan storage kit ekstra untuk menambah ruang untuk game kalau perlu.
Apa Yang Boleh Dilakukan Sementara Menjimatkan Wang Untuk Membeli PS5
Fon mobile anda masih boleh menjadi alat mainan yang bagus… title besar seperti Genshin Impact (Boleh download secara percuma) ia mampu memberi pengalaman gaming yang lebih padat dan setanding AAA title dari segi grafik level konsol. Anda boleh cuba tengok Live Stream saya untuk kenali qualiti game ini.
Kalau anda ada laptop, cubalah main satu dua game pada masa lapang. Epic Games telah pun buat giveaway untuk title title lama yang dikira “top hits” yang kian boleh dijalankan atas laptop masa-kini, walaupun ada spec yang agak basic dan tak ada kad grafik yang canggih-canggih. Kalau anda rasa PC ada power lebih, boleh cuba main emulator dan main game klassic macam Putera Parsi Pasir Masa dan menghayati gaya permainan yang berbeza. Kadang kala saya pun berjinak sikit dengan emulator emulator semua dan jugak kongsi tip-tip macam mana setup emulator dengan game game yang dah lupus dipasaran (ini adalah bagi tujuan penyelidikan atau hiburan sendiri).
Atau pun beli konsol “second hand” dari marketplace (dalam Malaysia, Mudah.my, Shopee. Lazada dan Facebook Marketplace adalah platform yang agak terkenal antara pemburu geng gamer sekalian). Ia adalah idea yang bagus untuk jejaki listing dekat platform sana untuk cari orang yang sudi melepaskan konsole atau kit gaming lama kerana sudah pun rancang beli kit baru atau versi yang dinaiktarafkan. Yang ingin berjinak dengan dunia Playstation boleh cuba kit lama dulu, dan game title semua memang tak mahal pun berbanding yang terkini. Selepas itu barulah komit dengan siri Playstation yang mempunyai “teknologi yang terkini dan tercanggih”!
Elok juga mencari internet dan juga laman sesawang Playstation rasmi untuk tawaran baik Senarai Game Playstation 5 Idaman anda.
Kesimpulan
Saya amat berharap artikel ini dapat membantu anda dalam hal PS5 dan Senarai Game Playstation 5 Idaman anda, dan mungkin telah menghiburkan anda sementara menunggu masa dan peluang keemasan untuk memiliki seunit dalam rumah (mungkin kena tengok apa tawaran yang ada dulu, ataupun fikir macam mana nak kumpulkan duit untuk konsol ini). Selamat berlepak dalam alam game semua, dan jumpa lagi dalam artikel seterusnya. Anda juga dijemput untuk tengok Live Stream saya di Fesbuk!