Putera Parsi Pasir Masa

Putera Parsi Pasir Masa (Prince Of Persia: Sands Of Time) adalah salah satu siri permainan komputer yang terkenal berdasarkan francais Prince Of Persia. Ia sudah diadaptasi untuk grafik 3D dan musik yang berinspirasi Asia. Saya telah pun main game ini secara Live dalam Channel Wycoconut Gaming pada suatu masa dulu, ingatkan saya berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya memainkan game ini selepas bertahun berjinak dengan tajuk ini dalam tahun 2020. Walaupun permainan ini cukup lama (diterbit pada Oktober 28, 2003) tetapi teka-teki permainan dan perangkap yang pelbagai masih agak mencabar bagi kebanyakan pemain platform aksi. Versi PS3 telah menambahkan peningkatan HD pada permainan ini, dan kalau anda pernah memainkannya di PS2 pasti akan merasai perbezaannya.

Ringkasan Sesi Live Putera Parsi Pasir

Hari ini Ahad yang penuh dengan acara pembersihan dalam rumah Wycoconut…

Papa selalu pesan : Ingatlah menghidupkan alat-alat elektronik sekali-sekala untuk panjangkan hayat pengunaannya! Ya, betul tu, PS3 lama saya telah pun dibersihkan dan de-habuk-kan, maka hari ini-lah juga saya telah membuat keputusan untuk bermain permainan klasik Putera Parsi Pasir Masa (“Prince Of Persia: Sands Of Time”) ini.

Setelah berjaya hidupkan konsol PS3 saya dan masukkan Disk Permainan “Prince Of Persia HD Trilogy”, saya mula sembahyang sikit dan harap PS3 saya masih berfungsi setelah lama “bersara” dari khidmat meghiburkan saya. Agaknya sudah 4 tahun lamanya ia bersara, teringat pula saya memiliki PS4 pada masa itu jugak.

Sambil memeriksa aliran stream saya atas talian, musik Putera Parsi Pasir Masa permainan yang bertema India pula dimainkan sambil saya tengok skrin “sila menunggu” saya… Terasa pula masuk mood Deepavali secara tiba-tiba. Kepada kawan kawan dan peminat saya : Betul rasa nak makan muruku sekarang!

Dan maka bermula-lah sesi permainan Putera Parsi Pasir Masa “Prince Of Persia Sands Of Time” kami!

Sesi Live saya dimulakan dengan sedikit latar belakang macam mana saya dapat pula memiliki PS3 ini (bukan beli dari Malaysia) dan cerita sedikit pula masa saya bekerja di Dubai dulu. Agaknya dalam sesi sebelum ini, saya ada cerita pula saya memang tidak pernah memiliki Playstation 2 (pada hakikatnya, Playstation 2 yang ada dekat rumah tu milik adik saya), maka boleh membuat kesimpulan bahawa PS3 ini adalah konsol Playstation saya yang pertama. Ha!

Sudah bertahun-tahun tidak sentuh permainan Prince Of Persia Sands Of Time (diterbitkan pada Nov 2003 untuk Playstation 2). Dan atas sebab sudah biasa dengan PS4 DualShock Controller, agak pelik rasanya untuk main PS3 controller. Mula-mula kena biasakan posisi butang yang sedikit berbeza (walaupun hanya beza berapa milimeter antara butang triangle-square-circle-cross itu).

Setelah mula babak cerita game… memori lama mula kembali… agaknya saya pernah main game ini tapi tak ingat pula saya habiskan game ini sampai penghujungnya. Saya juga sudah lupa pula wujudnya bahagian Zombie dalam game ini, mujurlah babak kedua game ini ingatkan saya.

Berjaya pula mencapai 24% perjalanan game ini (dan tengah tengah main game pun agak banyak puzzle fail) 😅😅 Saya pernah tengok pemain lain dalam YouTube yang boleh habiskan Prince Of Persia Sands Of Time dalam 4.5 jam kalau betul2 PRO level. Boleh cuba cari video dengan sarikata “Complete Playthroughs”!

Suka sangat idea Zombie ini. Kan bulan ini bulan Halloween, ingatkan tak perlu susah susah cari idea untuk buat Live Stream until malam Halloween! (Acah saja, memang pun dah sediakan game-game yang bertemakan Halloween untuk minggu ini LOL) Dalam strim ini jugak dapat saya kongsi cara untuk menyambungkan PS3 pada alat Game Capture (dan cara ini bukan senang macam cara sambung PS4), dan merekomendkan cara menyelesaikan masalah yang akan dihadapi. Pada yang mereka yang punyai PS3, anda masih boleh strim game kegemaran anda dalam Facebook.

Kenapa Prince Of Persia masih permainan kegemaran saya? Ia masih ada banyak aksi dan cabaran puzzle yang termuat dalam babak cerita yang menyakinkan. Ada dikalangan anda mungkin terfikir pula : Zombie kan watak yang tidak ada dalam hidup sebenar, bagaimana pula ia “menyakinkan”… Janji nilai hiburan masih ada, masih boleh diterima, kan???

Kalau bukan kerana Prince Of Persia, kami tidak akan ada tajuk-tajuk game hebat yang mengambil inspirasi darinya, macam God Of War, Lara Croft, Uncharted, Batman, Spider-Man. Prince and Persia yang asal memang tiada bandingannya (dan dapat pula saya dapat menghayatinya dalam semasa mula-mula buat game strim dulu), dan ia telah pengaruhi pilihan permainan solo saya sampai hari ini.

P/S : Ubisoft akan mereka semula (remake)tajuk baru yang namanya “Prince Of Persia The Sands Of Time Remake”. Adakah anda teruja seperti saya tentang pembuatan semula yang akan datang (tarikh terbitan yang dirancang adalah pada 22 Januari 2021, tetapi telah tertangguh dua kali, mungkin akan sampai awal tahun depan)? Tonton dulu video teaser buat masa ini ya.

Stor Rasmi:https://www.epicgames.com/store/zh-Hant/product/prince-of-persia-sands-of-time/home

Prince Of Persia: The Sands Of Time Remake

Tonton Live Video

https://youtu.be/s5THIKQ1kaY
https://youtu.be/ftY6aBQXvmY

Tonton lebih banyak video Putera Parsi Pasir Masa (Prince Of Persia Sands Of Time) di sini:

https://fb.gg/wycoconutgaming

Lebih banyak maklumat mengenai Putera Parsi Pasir Masa

Ini adalah serba sedikit cerita dari pencipta permainan Putera Parsi Pasir Masa “Prince Of Persia” Jordan Mechner pada Game Developer Conference pada tahun 2011, yang mana dia menunjukkan ciri-cici permainan dan nota-nota peribadi mengenai gaya permainan dan animasi.

Sedikit lagi info yang lebih jelas mengenai animasi dan watak watak jelmaan Jordan Mechner untuk game Prince of Persia yang asal.

[polylang_langswitcher]